Corporate Profile
Board of Directors
Senior Management
Milestones
Our Subsidiaries
Our Community Exchange
CSF in the Media
Press Releases
Happenings
Career Opportunities
Home > About Us > CSF in the Media > Press Releases
Press Releases

CYBERJAYA 9 Jan. – Pusat data terbesar di Malaysia berkeluasan hampir 19,000 meter persegi yang dirasmikan hari ini dijangka mampu merancakkan pertumbuhan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (gambar) berkata, pusat yang dikenali sebagai Computer Exchange 5 (CX5) itu diyakini dapat meningkatkan standard pusat data negara di pentas dunia.

Pusat tersebut dibangunkan oleh CSF Group Plc (CSF).

Katanya, pusat tersebut dibangunkan oleh CSF Group Plc (CSF) mampu menarik lebih ramai pelabur dalam bidang ICT ke Malaysia dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Kerajaan juga menyasarkan untuk memiliki sebuah pusat data seluas 470,000 meter persegi menjelang 2020 memandangkan kemajuan pesat bidang tersebut pada masa akan datang.

‘‘Walaupun sasaran tersebut agak sukar dicapai, namun kerajaan yakin impian itu akan menjadi kenyataan dengan adanya pusat data terbesar di negara ini iaitu CX5,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan CX5 di sini hari ini. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CSF, Adrian Yong dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

Menurut Maximus, kerajaan bekerja keras untuk memastikan industri ICT terus maju, terutamanya industri pusat data bagi membolehkan industri tersebut membawa masuk pelabur dalam bidang teknologi ke negara ini.

Selain itu, katanya, bagi menarik minat negara-negara luar, kerajaan perlu memastikan potensi pelaburan negara berada pada tahap yang amat baik selain mempunyai modal dan aset yang tersendiri bagi menyakinkan mereka.

“Kementerian sentiasa mengalu-alukan inisiatif yang sejajar dengan usaha kerajaan untuk membina dan mengukuhkan ekonomi negara, termasuk pelabur swasta tempatan seperti CSF yang sentiasa membantu menggerakkan industri ICT agar menjadi sektor yang memberi pulangan pendapatan yang tinggi,” katanya.