Corporate Profile
Board of Directors
Senior Management
Milestones
Our Subsidiaries
Our Community Exchange
CSF in the Media
Press Releases
Happenings
Career Opportunities
Home > About Us > CSF in the Media > Press Releases
Press Releases

CFSG buka cawangan ke-4

Kumpulan CSF (CFSG), penyedia pusat kemudahan dan perkhidmatan data terbesar di Malaysia membuka cawangannya yang keempat, CSF Computer Exchange 5 (CX5) di Cyberjaya dan ia adalah pusat penyimpanan data hijau komersial pertama di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Yong berkata, kumpulannya menyasar pengguna pertama yang beroperasi di CX5 ialah syarikat tempatan dan mula beroperasi pada April ini.

“Sebelum ini, kumpulan mempunyai tiga cawangan iaitu dua di sekitar Cyberjaya dan satu berada di Johor Bahru di mana hampir 70 peratus penyewanya adalah di kalangan syarikat tempatan manakala selebihnya syarikat berstatus antarabangsa.

“Kumpulan juga mempunyai cawangan di Hanoi, Vietnam iaitu SF Computer Exchange 4 (CX4) dan berhasrat untuk membuka cawangan ke China dan India kerana ia mempunyai potensi perniagaan yang baik pada masa depan,” katanya pada majlis pelancaran CX5 di Cyberjaya, kelmarin.

 

 


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr maximus Ongkili yang merasmikan CX5 dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

 


CFSG ialah antara projek yang bernaung di bawah Tiga Projek Permulaan Ekonomi (EPP3) bagi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) perkhidmatan apabila menjangkakan perkembangan perniagaan itu menyumbang RM2.34 bilion pada Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan 13,000 peluang pekerjaan pada 2020.